Saturday 27 August 2011

Kain Ihram

Bagi mereka yang ingin mengerjakan haji, kain ihram adalah antara elemen yang penting yang wajib dipakai ketika tawaf dan sa'ie. Dengan itu, kami melengkapkan keperluan haji dan hajah yang ingin mengerjakan haji dengan membekalkan kain ihram yang berkualiti tinggi.


Terdapat dua jenis kain:
1) Kain Plain
2) Kain Dobby


Perbezaaan antara kedua-dua kain ini adalah kehalusan material kain. Dimana Kain Dobby lebih tebal (embroidery/bulu kain timbul) dan tidak telus penglihatan. Manakala Kain Plain biasa sahaja.


Lengkapkan keperluan haji anda dengan membeli barangan kami yang murah lagi berkualiti.



Thursday 25 August 2011

Majalah i

Telekung solat kami juga telah menembusi dada Malajah i.



Kantung Batu

Kami juga menyediakan kantung batu bagi memudahkan para haji dan hajah ketika melontar Jamrah Aqabah.



Tudung

1. Custom made tudung
Selain telekung kami juga mempunyai kepakaran dalam membuat pelbagai jenis tudung. Kami bersedia untuk memenuhi kehendak pelanggan anda. 



2. Jahitan tudung secara pukal:
Kami juga mempunyai keupayaan dan kemahiran dalam membuat jahitan tudung secara pukal. Nyatakan design dan kuantiti anda kami akan realisasikannya.

 * untuk membuat tempahan, sila hubungi kami..

Lapik Muka (Sejadah)

Kami juga sediakan lapik muka (sejadah) yang bersaiz besar dan kecil bagi memudahkan pengguna membawa lapik tersebut. Lapik yang yang ringan ini tidak membebankan pengguna untuk membawa dan menggunakannya.


Lapik muka bersaiz kecil

Seluar

Kami menyediakan seluar bagi haji dan hajah. Seluar ini digunakan ketika mengerjakan haji bagi memudahkan pergerakan para haji dan hajah. Reka bentuk yang eksklusif dan dijahit dengan teliti memberi keselesaan kepada pengguna.


Kami menyediakan seluar lelaki dan perempuan.


Seluar Perempuan
Seluar wanita

Close up jahitan di bahagian kaki

Close up - getah di pinggang seluar

Wednesday 24 August 2011

Kantung Kasut

Sarung kasut digunakan oleh para haji dan hajah ketika mengerjakan umrah. Mudah digunakan serta mempunyai tali bagi memudahkankan pengguna untuk membawa kasut tersebut.





Sarung Beg

Sarung beg kami diperbuat khas bagi anda yang ingin mengerkajan haji. Rekaan yang unik dan mudah digunakan memudahkan para haji dan hajah ketika mengerjakan umrah.


Sarung warna biru

Sarung warna cokelat


Tuesday 23 August 2011

Sarung Lengan

Kami juga membekal sarung lengan.


Ciri - ciri sarung lengan kami :

  • Kemas dan selesa
  • Mudah dipakai
  • Diperbuat daripada kain yang tebal
  • Tidak melekat di kulit
  • Mempunyai getah di hujung bg mengemaskan kedudukan
  • Tidak mudah terbuka

sarung lengan buatan kami

hujung sarung lengan yang dijahit dengan getah

getah yang desematkan di celah jari

boleh juga disematkan di mana-mana
jari mengikut keselesaan

panjang keseluruhan sarung lengan ialah 14 inci.

*Sarung lengan kebiasaanya digunakan oleh hajah ketika mengerjakan haji atau umrah.

Monday 22 August 2011

Beg Telekung

Kami juga membekal beg telekung untuk menyimpan telekung. Beg telekung ini dijahit dengan teliti dan kemas agar dapat memberi keselesaan kepada pengguna. Beg yang dijual dengan pelbagai warna dan murah amat mudah digunakan dan telekung yang digunakan dapat disimpan dengan lebih baik.









Ukuran Beg

  • Terdapat dalam 6 warna yang berlainan.
  • Harga yang murah dan berpatutan.
  • Mudah digunakan dan menarik.
  • Dibuat daripada material kain yang berkualiti.
  • Kain span yang digunakan memberi kekemasan terhadap beg telekung.

Thursday 18 August 2011

Kain yang selesa

Kain yang dijahit dengan teliti beserta dengan tali memudahkan pengguna untuk memakai kain telekung. Tali yang bertindak sebagai 'tali pinggang' menguatkan ikatan di pinggang bagi mengelakkan kain daripada terbuka. Tinggi kain yang mampu menutup keseluruhan kaki pengguna meskipun pengguna yang tinggi dapat mengelakkan daripada kaki terkeluar dari kain meskipun ketika solat. Kami juga menjual kain telekung sahaja tanpa membeli sepasang telekung bagi sesiapa yang berminat.




kami juga menerima pesanan kain getah.

Tuesday 16 August 2011

Anak Telekung

 Anak telekung digunakan oleh pengguna yg inginkan kekemasan di muka meskipun mereka tidak menggunakan produk telekung kami. Dengan menggunakan anak telekung kami, pengguna boleh memakai kain telekung mereka yang tiada jahitan "smocking" di luar anak telekung kami.



Monday 15 August 2011

Lilitan Muka yang kemas

Disini kami sertakan gambar lilitan muka telekung buatan kami. Lilitan muka kami dijahit dengan teliti dan berbeza mengikut saiz muka si pengguna. Terdapat pelbagai jenis lilitan muka dalam pelbagai saiz. saiz juga boleh diubah mengikut keselesaan si pengguna. Cepat, dapatkan telekung bersaiz pertama buatan Malaysia. 








Thursday 11 August 2011

Telekung Q di dada akhbar

Selasa, 20 April 2010, Sinar Harian


Telekung Q kami telah tersebar di dada akhbar Sinar Harian kerana keistimewaan dan keselesaan yang diberikan kepada pemakai telekung Q.


Berikut adalah artikel yang terdapat di dada akhbar Sinar Harian di segmen CITRA/JARUM BENANG.


*sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.



Wednesday 10 August 2011

Ciri-ciri Istimewa Telekung Q

  1. Memenuhi garis panduan syariat dengan menyediakan material kain yang tebal, halus serta tidak telus pandangan.
  2. Jahitan "smocking" pada bahagian dahi dan wajah yang selesa serta mudah dipakai memberi keselesaan kepada muslimah. Dengan itu, muslimah juga tidak perlu mengenakan skarf bagi menutup rambut mereka.
  3. Telekung ini juga dijahit dengan sehelai kain berukuran 51cm dibahagian hadapan dan berukuran 57cm dibahagian belakang bagi mengelakkan telekung ini tebus pandangan.
  4. Hasil jahitan yang terdapat pada telekung solat berkenaan sememangnya teliti dan dilakukan dengan amat halus sekali.

Majalah

Pengusaha kami telah ditemu bual oleh majalah tempatan mengenai telekung yang kami sediakan. Sememangnya telekung kami digemari ramai dan permintaan terhadap telekung ini meningkat dari masa ke semasa. Hal ini kerana telekung yang kami bekalkan ialah 100% buatan Malaysia dan dijahit oleh warga2 ibu di Kampung Melayu Seri Kundang. Kami juga mendapat pelbagai jenis tempahan dari segi telekung mahupun kain telekung.



Sila kunjungi kami di :
A91, Kampung Melayu Seri Kundang,
48050 Rawang,
Selangor.

Saiz Lilit Muka

Dewasa:


S - 18.5 inci


M - 19.5 inci


L - 20-20.5 inci


XL - perlu dispesifikasikan ukuran telekung, kain dan muka kerana setiap tambahan akan dikenakan bayaran tambahan mengikut tambahan.

Tuesday 9 August 2011

Mini Telekung

Mini Telekung (ziarah) ialah telekung bersaiz kecil tetapi masih menutup aurat. Kebiasaan nya telekung digunakan oleh hajah ketika mengerjakan haji bagi memudahkan pergerakan meraka. Bagaimanapun telekung ziarah ini lebih gemar digunakan oleh golongan yang berbadan kecil dan comel. Harga telekung ziarah bergantung kepada jenis kain